Sunday 24 November 2013

Mini cake

Cute cakes for your hantaran?

3 inch diameter.

4pcs for RM 160.

Promo price until 31st Dec 2013 : RM 140

Monday 18 November 2013

Resepi brownies

Ramai yang review kata brownies ni rasanya ala2 kartika sari. Ye ke x tu saya kurang pasti sbb saya sendiri x pnh rasa pun. Hehee..

Di sebabkan ramai yg minat brownies ni..apa kata saya share kn resepi so that korang smua leh try later.. try jgn x try. Nk jual pun xde hal. Saya halalkan. Hehe.. resepi je pun.


(8x8 square pan)

170g dark chocolate
90g butter
35g koko

Cairkn dgn kaedah double boil.


100g tepung
1/4 ts garam
1/4 ts baking powder

Tapis bersama.


2 biji telur + 1 kuning telur
180g gula castor
1 ts vanilla

1. Beat telur n gula. Masuk esen vanilla.
2. Masuk choc cair
3. Masuk tepung.
4. Bakar 180'c dlm 35min.
Adunan akan naik kembung and turun balik rata. Dah turun tu means dah masakla..
Senang kan? Apa lagi.. cer try test la.. feel free to share this recipe k?

Wednesday 2 October 2013

Quality vs quantity

Salam..

Maaflah sbb lama x update blog ni.
Harini takmo upload gambar kek.
Harini just nak bercerita.

Chatting dgn Hirda, bekas kawan sekuliah saya haritu.
She inspires me a lot.
Antara usahawan wanita paling gigih & berani yang saya kenal.

Dulu saya pernah gelakkan dia.
Cita-cita dia nk bukak kedai kek.
"Lawak la ko nih hirda..dah tu buatpe g amek engineering course?"

Tapi tgkla sekarang.. dia dh berjaya bukak kedai n ada business sendiri..ada pekerja..ada ruang niaga..

..dan saya pulak tiba2 menuju ke arah yg sama..
Gelakkan orang lagi kan?! Hehe.. ampun hirda!

Hirda nasihatkan saya

"Give more.. always give more.."

Bila kita banyak memberi, insya Allah..Allah akan balas dgn lebih banyak.

Tak payah kedekut. Tak payah nak buh rega mahal2.. tak rugi kalau kita bagi lebih.

Bila kita buat orang lain happy.. secara x langsung kita pun happy jugak. Orang puas hati dgn kerja kita dh cukup2 bagus.

Seronok rupanya jadi baker ni.

Bukan sebab duit semata2.
Sebab kek saya jumpa raaaamai sgt org.
Kawan2 lama yg berbelas tahun x jumpa tiba2 contact saya utk beli kek.
Customer2 baru ada yg tiba2 jd geng kamceng mcm dah bertahun2 kenal.
Seronok kan?
Tiba2 meriah je whatsapp saya berbunyi sepanjang masa sampai saya silentkn phone almost 24 jam. Jadi kalau call x berjawab tu faham2 la ye? Hehe

Mggu ni sampai 15 oct dah tutup order. Bukan nk buat2 busy tp mmg busy pun. Hehe..
Takmau tamak jd saya x amek order di luar kemampuan saya utk jaga kualiti kek.
Kalau byk sgt order nanti penat..kek jd tahapehape.

Oklah. Enough merepek. Ngantuk sgt2 tp hrp2x x tertdo atas kek

Monday 30 September 2013

Give Away contest!!!



1.  Like us on Facebook
2. Share this picture with the most creative caption.
3. Tag us (sister's cakery or Ilyani Abdullah for Batu Pahat's contestant)
4. Leave your comment here

The most creative caption to promote our page will be chosen as winner. Bodek la lebih2 k? Hehe..
Winner will be chosen by our mom on the 15th Oct 2015


Terms & conditions

1. Contest is open to all Malaysians. Special quota for Batu Pahat's contestants.
2. You can enter this contest as much as you can with different captions. Remember to remind us by leaving your comments here


Prizes

- 2 strawberry kitkat basket cake with cake of your choice inside (ice cream/red velvet/moist choc/black forest/tiramisu/butterscotch/carrot)
- 2 winners will be chosen. 1 from Batu Pahat & 1 from all over Malaysia. We'll post your cake!!
So..good luck & impress our mom with your words!!

Monday 10 June 2013

Contemporary wedding cake

Assalamualaikum,

Minggu2 sudah, sempena musim cuti sekolah.. maka banyak tempahan2 kek kahwin. Sampaikan x menang tgn utk memenuhi permintaan. Penyudahnya, sy diserang demam panas sampai suhu bdn naik tinggi. Terpaksa jgk sy batalkan bbrp tempahan. Mmg sgt penat, di tambah lg dgn kerja2 pejabat. Balik dari kerja b'kejar plk siapkan tempahan kek.

Utk kek perkahwinan, sy sukakan kelainan. Sy sukakan wedding cake yg more to english style. Lebih simple, minimalis n lebih berani. Lari dari konsep yg biasa, (munge2..renda2 penuh) mcm yg biasa kita tengok tu.. sy tampilkan beberapa kelainan dlm deco kek2 perkahwinan ini. Alhamdulillah, design kek sy mula mendapat perhatian. Okay, lyn pic2 wedding cake sy ya!



Tulip fondant cake - bwh choc sponge, atas italian rainbow - oder dr Fadhlina..




















Choc moist and fresh flowers wedding cake.. Oder dr nora.. Rasa nya kek ni sgt matching dgn wedding theme pengantin kan??
















Budget wedding cake - choc sponge cake. Bunga ni sy guna bunga plastik yg kelihatan spt bunga asli.. Tq melati!

















Choc sponge cake - kek sponsor kazen kawen. Simple swirl roses n ruffles buttercream frosting. Fondant butterflies with gold edible color.


Mix cake - bawah double moist choc cake, tgh italian rainbow, ats choc sponge cake. Deco carnation & daisy fresh flowers. Tq mawar!




Moist choc cake with buttercream frosting. Nampak simple, tp sgt mencabar utk sy menghasilkan design spt ini. Kek ni sy buat lps sy sihat, sblm ni sy mntk jgk dia try cari baker lain..  Dia ckp, tkut org lain x leh buat mcm yg dia nak..hehehee... anyway, tq Azie sbb yakin dgn akak utk buat design mcm yg awk nak tu.. :)

Wednesday 15 May 2013

April/May cakes

Alhamdulillah, 
rezeki bulan April saya.

Paling banyak permintaan, kek si baldu merah.. 
Red Velvet.

Saya jamin kek ni fresh dari oven, dan moist.

Disalut dgn cream cheese resepi rahsia kakak saya - Ilyani.

Yang bagusnya, 
dengan secara tak langsungnya dah mengasah skill cake frosting saya.
Dulu awal2 memang buruk sesangatlah..
selekeh.. Consistency tak tepat..cair. 
Memang ada masa nak menangis sorang2 kat dapur tu.
Antara cake order yg dah saya hasilkan utk bulan lepas..










Kek favourite saya
Kek 2D Doraemon. 
Red velvet, dengan cream cheese di antara layer..
luar disalut vanilla buttercream dan fondant Doraemon



Lain2 kek yang dah terjual..

Italian rainbow cake


Cotton Soft Japanese Cheesecake







Brownies




Chocolate Indulgence


yang ni survive 300km++ perjalanan
dari Shah Alam ke Batu Pahat


Cupcakes..
(Red Velvet / Rainbow)





dan pencapaian yang agak membanggakan bulan ini..

akhirnya saya berjaya buat pavlova
(after 5-6 failures) 



ni untuk makan sendiri..


Chocolate Molten Lava cake

Flan mexicano / Puding karamel berkeju



Strawberry Pavlova




Dengan ini saya isytiharkan
mesin penimbang adalah musuh ketat.
(Tolak sesenyap masuk bawah katil)


With love,
Ilyana
 (Sister's Cakery Cawangan Shah Alam)

Tuesday 7 May 2013

Jualan kek cawangan Shah Alam (April)


E'eh.. tetiba sales Cotton Soft Japaneese cheese cake drop lak bulan lepas.
Penuh dgn order Red velvet and brownies lak.
Tapi yg bagusnya order RV ni dah mengasah skill frosting/deco cake Ai..

Alhamdulillah, dah x secomot awal² dulu.
Pastu gila beli nozel tips.
Wilton hokey? (Sebab kat youtube bg nomor Wilton je. Yg cap ayam x tau nk guna nomor brapa)

Nanti Ai free Ai hapdet gambar kek pulak ye..
.. to be continue..

Sunday 28 April 2013

Sisters cakery cawangan pontian





Alhamdulillah, cawangan pontian telah mula beroperasi awal April ni. Tak pernah terfikir pun nak terlibat dgn  dunia bakery ni hehe...sumenye bermula secara tidak dirancang ketika berkunjung ke rumah sifu ai merangkap pengasas iaitu Ilyani Abdullah hehe....tambah2 incek hubby pun menunjukkan minat, apelagi, sy yg mmg dh lame minat terus je mencube resepi sifu hehe...syukur bln ni tempahan tak putus2. tq pd kwn2 sekerja yg memberi sokongan dgn membeli kek-kek kami.

ini antara hasil tangan sy dan hubby yg baru berjinak2 hehe...bnyk lg kene belajar ni.tq pd sifu ku ilyani n ilyana =)


Monday 22 April 2013

Rumusan jualan kek bulan March (Shah Alam)




Dah macam buat report utk meeting bulanan pulak Ai.. hehe..

Saja je buat pie chart sbb nak survey kek mana yg paling glemer utk bulan lepas.


Di tangga pertama : specialty kakak saya, Ilyani RVCC! (Clap, clap..)



Kek cawan si baldu merah ni mmg favourite saya dari dulu lg. Dari awal² kakak saya jual rvcc ni. Moist, cukup rasa..x manis sgt dan x tawar. Yg bg dia tambah sedap ialah cream cheese adunan rahsia kakak saya sendiri. Seriyes sedap!


Kedua : Cotton Soft Japanese Cheese Cake.









Kek keju selembut kapas yg cair dimulut. Rasa keju ditambah dgn sedikit rasa lemon, mmg x boleh berhenti mkn ni. Paling sedap lps semalaman dlm fridge. Ni personal favourite mama saya, suami dan saya juga! Anak sulong saya, Kimi si penggemar keju pun dah tentu suka kek ni..

Rega kek ni agak berbeza dgn cawangan BP sbb harga kos barang yg sedikit berbeza. Tambahan lg, saya dah bertukar pada cream cheese jenama Philadelphia yg lebih mahal n dah tentu lebih sedap!!


Ketiga : Red Velvet.












Dengan menggunakan adunan resepi yg sama dgn RVCC, dah tentula kek ni pun se moist RVCC. Kalau just nak rasa², boleh order Mini RV dgn size 6 inci diameter, berat dlm 600g.



Keempat : Chocolate Indulgence.





Chocolate sponge cake yang lembut dgn krim yg sedap. Dijamin tak muak kalau mkn byk sekalipun. Paling sedap dinikmati sejuk². Krim dia rasa ais krim yuu.. x pecaya try la order. Hehe


Kelima/enam : brownies n carrot cake.

Dedua pun sedap, cuma x ramai peminat. Brownies ada lapisan rangup di atas dan sgt² lembut dan moist di dalam. Carrot cake pulak penuh walnut dan prune (dan carrot, opkos).


Jadi, tunggu apa lg? Order cepat sementara order untuk bulan 5 masih dibuka. Sila order awal to avoid dissappointment. Harap jgn block atau unfriend saya sbb tension tgk gmbr kek. Hehe..


-ilyana isa, shah alam.