Monday 22 April 2013

Rumusan jualan kek bulan March (Shah Alam)




Dah macam buat report utk meeting bulanan pulak Ai.. hehe..

Saja je buat pie chart sbb nak survey kek mana yg paling glemer utk bulan lepas.


Di tangga pertama : specialty kakak saya, Ilyani RVCC! (Clap, clap..)



Kek cawan si baldu merah ni mmg favourite saya dari dulu lg. Dari awal² kakak saya jual rvcc ni. Moist, cukup rasa..x manis sgt dan x tawar. Yg bg dia tambah sedap ialah cream cheese adunan rahsia kakak saya sendiri. Seriyes sedap!


Kedua : Cotton Soft Japanese Cheese Cake.









Kek keju selembut kapas yg cair dimulut. Rasa keju ditambah dgn sedikit rasa lemon, mmg x boleh berhenti mkn ni. Paling sedap lps semalaman dlm fridge. Ni personal favourite mama saya, suami dan saya juga! Anak sulong saya, Kimi si penggemar keju pun dah tentu suka kek ni..

Rega kek ni agak berbeza dgn cawangan BP sbb harga kos barang yg sedikit berbeza. Tambahan lg, saya dah bertukar pada cream cheese jenama Philadelphia yg lebih mahal n dah tentu lebih sedap!!


Ketiga : Red Velvet.












Dengan menggunakan adunan resepi yg sama dgn RVCC, dah tentula kek ni pun se moist RVCC. Kalau just nak rasa², boleh order Mini RV dgn size 6 inci diameter, berat dlm 600g.



Keempat : Chocolate Indulgence.





Chocolate sponge cake yang lembut dgn krim yg sedap. Dijamin tak muak kalau mkn byk sekalipun. Paling sedap dinikmati sejuk². Krim dia rasa ais krim yuu.. x pecaya try la order. Hehe


Kelima/enam : brownies n carrot cake.

Dedua pun sedap, cuma x ramai peminat. Brownies ada lapisan rangup di atas dan sgt² lembut dan moist di dalam. Carrot cake pulak penuh walnut dan prune (dan carrot, opkos).


Jadi, tunggu apa lg? Order cepat sementara order untuk bulan 5 masih dibuka. Sila order awal to avoid dissappointment. Harap jgn block atau unfriend saya sbb tension tgk gmbr kek. Hehe..


-ilyana isa, shah alam.


No comments:

Post a Comment